Tuesday, August 27, 2013

Vigil pada 31 Ogos dan 14 september

Hai, 31 Ogos nanti vigil main kat Studio Azimat Sungai Petani Kedah. Kami akan cuba main lagu2 baru yang kami belum pernah main kat mana2 gig. Lagu2 seperti War, Happy & Ugly, Wynona, Happy Birthday Grunge Boy, Trapped in a vacuum dan The End.

14 september nanti kami akan buat tribute untuk pearl jam kat Treble Trouble perda bm. Lagu yang kami akan cuba main adalah seperti Alive, Black, Daughter, Wishlist dan Not For you.

Kami tak sabar nak turun sungai petani kedah! Banyak kenangan manis kat sana. Jumpa di sana!

ZAM :D

Saturday, August 10, 2013

2010 to 2013

Banyak pengalaman yang meriah sepanjang perjalanan vigil dalam tahun tersebut, stage show yang saya maksudkan. Mungkin rasa meriah sebab scene grunge sedang di bina semula oleh para2 peminat grunge di malaysia.

Bertemu dengan basis baru, mempunyai label grunge sendiri, kenal dengan ramai orang. Punyai banyak lagu baru yang masih belum rekod.

Yang pastinya dalam bagus pasti ada yang tk bagus kan. Semuanya hanya sementara. Setelah melalui pelbagai pengalaman dan menyaksikan sendiri attitude semua orang. Banyak perkara bodoh yang terjadi dalam scene ni. Semestinya di rosakkan oleh orang2 yang bodoh dan juga sombong. Basis yang tak seberapa basis sangat dah angkat kaki. Label kucar kacir dengan orang2 yang langsung tak punyai tanggungjawab dan disiplin diri. Ramai bermulut pelacur dalam scene. Buatkan ramai yang undur diri. Termasuk lah vigil. Tak sanggup lagi berada dalam kelompok tersebut, hanya tersenyum dan memerhati bukan prinsip vigil. Kami akan tetap grunge dan bernyawa sendiri tanpa bantuan dari sesiapa pun.

Persetan semua itu, 2010 - 2013 satu pembaziran. Alhamdulillah kami ada ramai kawan yang sedia bersama vigil. Vigil harus terus Grunge. Grunge harus terus hidup.

BPH!

Tinggal Facebook, blog ni harus hidup kembali

Khas untuk pendengar vigil yang bukan hanya mengikut orang. Mereka mmg sangat true dengan vigil. Harus diteruskan di sini.