Tuesday, August 27, 2013

Vigil pada 31 Ogos dan 14 september

Hai, 31 Ogos nanti vigil main kat Studio Azimat Sungai Petani Kedah. Kami akan cuba main lagu2 baru yang kami belum pernah main kat mana2 gig. Lagu2 seperti War, Happy & Ugly, Wynona, Happy Birthday Grunge Boy, Trapped in a vacuum dan The End.

14 september nanti kami akan buat tribute untuk pearl jam kat Treble Trouble perda bm. Lagu yang kami akan cuba main adalah seperti Alive, Black, Daughter, Wishlist dan Not For you.

Kami tak sabar nak turun sungai petani kedah! Banyak kenangan manis kat sana. Jumpa di sana!

ZAM :D

Saturday, August 10, 2013

2010 to 2013

Banyak pengalaman yang meriah sepanjang perjalanan vigil dalam tahun tersebut, stage show yang saya maksudkan. Mungkin rasa meriah sebab scene grunge sedang di bina semula oleh para2 peminat grunge di malaysia.

Bertemu dengan basis baru, mempunyai label grunge sendiri, kenal dengan ramai orang. Punyai banyak lagu baru yang masih belum rekod.

Yang pastinya dalam bagus pasti ada yang tk bagus kan. Semuanya hanya sementara. Setelah melalui pelbagai pengalaman dan menyaksikan sendiri attitude semua orang. Banyak perkara bodoh yang terjadi dalam scene ni. Semestinya di rosakkan oleh orang2 yang bodoh dan juga sombong. Basis yang tak seberapa basis sangat dah angkat kaki. Label kucar kacir dengan orang2 yang langsung tak punyai tanggungjawab dan disiplin diri. Ramai bermulut pelacur dalam scene. Buatkan ramai yang undur diri. Termasuk lah vigil. Tak sanggup lagi berada dalam kelompok tersebut, hanya tersenyum dan memerhati bukan prinsip vigil. Kami akan tetap grunge dan bernyawa sendiri tanpa bantuan dari sesiapa pun.

Persetan semua itu, 2010 - 2013 satu pembaziran. Alhamdulillah kami ada ramai kawan yang sedia bersama vigil. Vigil harus terus Grunge. Grunge harus terus hidup.

BPH!

Tinggal Facebook, blog ni harus hidup kembali

Khas untuk pendengar vigil yang bukan hanya mengikut orang. Mereka mmg sangat true dengan vigil. Harus diteruskan di sini.

Friday, March 12, 2010

halfway after zero, going for 0.5 now...

Salam Sejahtera,

Dah lama tak update, banyak benda yang remeh dan membosankan terjadi dalam perjalanan vigil sejak kebelakangan ni. aku pun sibuk dengan hal rumahtangga, vigil dok sengap tang tu.

OK. amir dah dilucutkan jawatan dia, aku rasa bukan dilucutkan jawatan dia, dah dirancang benda ni, amir hanya pengganti amex semasa amex berada di mekah untuk mengerjakan haji.Lagipun amir tak ada basic dalam drumming, agak susah untuk dia come up dalam masa yang agak genting ni. Bayangkan vigil dah 10 tahun tapi masih belum ada apa2 perubahan yang menarik berlaku.

Alhamdulillah amex dah selamat pulang dari mekah. Secara tak sengaja aku sembang ngan pali, sorang kawan dari sembilang seberang jaya, berdekatan dengan tempat tinggal aku. Dia memang seorang drummer dan tak ada aktiviti bersama band sebab band asal dia OLD dah disband.

Aku dengan tak malunya dan sangat desperate terus ajak dia join vigil. Lepas tu, kami ada jamming 2-3 kali kat seberang jaya. Pali setuju untuk join vigil di posisi dram.

Bulan lepas aku ada terima call dari "dream music". Kami dapat offer untuk sign contract "caller me tones" dengan depa. Sepatutnya 21hb mac 2010 (aku yang plan ngan kadak sebab 20 kami ada gigs di ipoh) ni kami kena pi kl jumpak dengan kadak butterfingers (kadak kerja ngan dream music). Tapi gigs kat ipoh cancel, aku terpaksa ubah date dengan dengan kadak kot2 ble ubah pi hujung bulan 3 ni, harap2 boleh la.

Kami ada satu lagi gigs kat Penang 1 hb May ni kat Penang (tribute to jim morrison). Yang tu confirm, Yang kat ipoh ni aku agak kecewa sikit sebab aku janji ngan ramai kawan2 yang aku bleh lepak2 ngan depa kat sana, happy ble jumpa geng2 kat ipoh, tapi malangnya gigs tu cancel.

Bila jadi mcmni Aku terasa dimana letaknya vigil dalam scene di malaysia ni, aku masih rasa yang vigil ni sekadar pembalut tin yang dalam tu ada makanan yang sedap2 ja, lepas makan yang sedap2 tu, tin dan pembalut tin tu org buang ja.

Ok yang ni aku rasa happy nak cerita....
kami dah mula rekod 2 lagu, "The Leaving" dan "Rain"... cuma belum masukkan vocal. Kami kena siapkan dalam 5 lagu sebelum kami pi jumpak kadak kat KL. Lagu2 yang direkodkan kami akan bagi kat kadak untuk contract caller me tones dan kemunculan semula Vigil dengan EP sulung kami. Dalam perancangan tu, Dalam ep kami tu nanti, ni tracklist dia.

1) 17
2) The Leaving
3) Rain
4) Try to change me
5) Junkie
6) Forgive Me

InsyaALLAH kalau takdak masalah apa2 kami sempat siapkan sebelum hujung bulan ni.
InsyaALLAH jugak kami akan lebih produktif lepas kami release EP ni. Banyak lagi lagu vigil dalam simpanan dan belum di releasekan. Harap Tahun ni peluang vigil lebih cerah. Aku taktau nak crita apa lagi, malas nak menaip ni sebenaqnya... tapi untuk hangpa yang nak tau pasal perkembangan vigil khasnya.

JUMPA nanti DI PENANG 1 MAY 2010... MUNGKIN HANGPA AKAN DAPAT Free copy PRE RELEASE UNTUK EP KAMI DI SANA. GRUNGE SAMPAI BILA BILA!!!

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

Sunday, October 18, 2009

Selamat datang amir... amex akan berangkat ke mekah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hmm dah lama tak update, sejak sebelum puasa, memang takda benda aku nak updatekan.

Tenggelam timbul, tenggelam timbul... cerita terbaru kami, amex akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji dengan family. Mungkin dalam bulan 11 ni sampai bulan 12 dia akan ada kat sana.

Vigil kini ada rombakan sikit, Amex yang sebelum ni di posisi dram, lani dah bertukar ke posisi gitar sebab amir baru join kami di posisi drum. memang tu yang aku nakkan, amex di posisi gitar utama dan aku di posisi vokal dan gitar.

Sabtu lepas, kami jamming kat tempat biasa, studio boss, paksu amex... saja nak test amir di posisi drum. Kami jamm lagu..

1-17
2-Junkie
3-Try to change me
4-Love song
5-Careless whisper
6-Fire water burn
7-Naive
8-Forgive me
9-Final hour(lagu baru).

Kami bakal onstage lagi kat Soundmaker penang pada 28/29 november ni.
Jumpa hangpa kat sana... grunge will never die...

Sunday, June 28, 2009

Here comes vigil

Baru2 ni vigil kembali onstage kat jamming session "circle of friends" kat Perda Pulau pinang, dengan Aku, Wan dan amex...

kami main lagu...

1- Try to change me
2- 17
3- Rain
4- Breed
5- Fire Water Burn

Oh, gigs tu aku dan band2 yang terlibat sama2 organised... kami jugak ada buat compilation, dan vigil rekod satu lagu baru iaitu "17"... untuk comp tu. Jadi kalau hangpa nak beli, msg ja aku or hantaq mai kat aku rm10 beserta alamat hangpa. Oh ya, hangpa bleh dengaq lagu 17 tu dalam myspace vigil....


Baru2 ni pulak 27hb 6... Kami main kat gigs Jula-Juli Bintang 666, Tapi Wan tak boleh join, sebab dia dan sepatu69 ada interview dengan radio UITM shah alam, jadi kami ajak "ali"... basist Rime Illusion, Kami rehearsal Jumaat tu, sehari sebelum gigs... Ali memang best, baru rehearsal sehari dia dah dapat hafal lagu2 vigil. So Esok tu vigil onstage dengan Aku, Amex dan jugak Ali. Walaupun kami satu2 nya band Grunge dalam gigs tu, tapi best jgk sbb kami main ngan rakan2 band yang lain.

Kami main lagu...

1- Fire Water Burn
2- 17
3- Try to change me
4- Careless whisper
5- Breed
6- Bertemu dan berpisah (goodbye my love)


Dan.... Kami akan perform kat Sungai siput 5hb 7 nanti...

Go! VigiL Go!

Saya yang melaporkan...
Mohd Shafarizam