Sunday, October 18, 2009

Selamat datang amir... amex akan berangkat ke mekah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hmm dah lama tak update, sejak sebelum puasa, memang takda benda aku nak updatekan.

Tenggelam timbul, tenggelam timbul... cerita terbaru kami, amex akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji dengan family. Mungkin dalam bulan 11 ni sampai bulan 12 dia akan ada kat sana.

Vigil kini ada rombakan sikit, Amex yang sebelum ni di posisi dram, lani dah bertukar ke posisi gitar sebab amir baru join kami di posisi drum. memang tu yang aku nakkan, amex di posisi gitar utama dan aku di posisi vokal dan gitar.

Sabtu lepas, kami jamming kat tempat biasa, studio boss, paksu amex... saja nak test amir di posisi drum. Kami jamm lagu..

1-17
2-Junkie
3-Try to change me
4-Love song
5-Careless whisper
6-Fire water burn
7-Naive
8-Forgive me
9-Final hour(lagu baru).

Kami bakal onstage lagi kat Soundmaker penang pada 28/29 november ni.
Jumpa hangpa kat sana... grunge will never die...

Sunday, June 28, 2009

Here comes vigil

Baru2 ni vigil kembali onstage kat jamming session "circle of friends" kat Perda Pulau pinang, dengan Aku, Wan dan amex...

kami main lagu...

1- Try to change me
2- 17
3- Rain
4- Breed
5- Fire Water Burn

Oh, gigs tu aku dan band2 yang terlibat sama2 organised... kami jugak ada buat compilation, dan vigil rekod satu lagu baru iaitu "17"... untuk comp tu. Jadi kalau hangpa nak beli, msg ja aku or hantaq mai kat aku rm10 beserta alamat hangpa. Oh ya, hangpa bleh dengaq lagu 17 tu dalam myspace vigil....


Baru2 ni pulak 27hb 6... Kami main kat gigs Jula-Juli Bintang 666, Tapi Wan tak boleh join, sebab dia dan sepatu69 ada interview dengan radio UITM shah alam, jadi kami ajak "ali"... basist Rime Illusion, Kami rehearsal Jumaat tu, sehari sebelum gigs... Ali memang best, baru rehearsal sehari dia dah dapat hafal lagu2 vigil. So Esok tu vigil onstage dengan Aku, Amex dan jugak Ali. Walaupun kami satu2 nya band Grunge dalam gigs tu, tapi best jgk sbb kami main ngan rakan2 band yang lain.

Kami main lagu...

1- Fire Water Burn
2- 17
3- Try to change me
4- Careless whisper
5- Breed
6- Bertemu dan berpisah (goodbye my love)


Dan.... Kami akan perform kat Sungai siput 5hb 7 nanti...

Go! VigiL Go!

Saya yang melaporkan...
Mohd Shafarizam

Tuesday, May 26, 2009

rehearsal 2 lagu baru

Aku dapat contact studio kat sungai petani dan berbincang balik dengan dia untuk sambung recording yang dah terhenti 2 tahun lepas, so semalam kami (aku, wan n amex) rehearsal kat studio tu. kami main 2 lagu baru, tapi sayang aku xdak benda untuk rekod rehearsal tu.

kami rehearsal lagu...

1- I'll walk to you (lagu baru)
2- Seventeen (lagu baru)
3- Try to change me
4- Rain
5- Fire water burn (lagu cover bloodhound gang)
6- Careless whisper (lagu cover version seether)

pening kepala aku, bila la kami nak siapkan at least satu lagu baru nak upload dalam internet...

3 jam galas gitar sampai naik lenguh, jam 1130 mlm baru aku balik penang.

Sunday, May 10, 2009

amy dah blah, vigil kena rebuild balik.

spt yang aku jangkakan, amy takkan lama. dia cuma singgah penang untuk release dia punya problem, then dia dah blah balik kl. lani vigil nak kena start all over again. dengan wan di posisi bass dan amex di posisi dram.

aku balik langkawi, jumpak dengan din ex basist vigil, dia pulak nak ajak aku reform vigil di sana dan rekod lagu. dia ad complete line up. tapi aku agak risau sebab keadaan dan life as a musician di sana agak pelik. bukan seperti yang aku nakkan.

banyak perkara yang melambatkan progress band vigil.

aku ada projek jamming session bersama kawan2... area kedah dan penang. info seperti dibawah....


flyers

Friday, March 13, 2009

a slight delay

aa... macam2 jadi dalam 2 bulan ni, komputer wan rosak (semua track gitar ada dalam tu), tapi buleh diselamatkan lagi.

aku pulak baru mula bekerja di tempat baru bermula 16hb februari aritu. alhamdulillah lani aku dah ada cuti tetap, tak kena keja 24 jam macam kerja surveyor dulu. boleh la aku aktif balik bermain gigs di kl sana seterusnya mungkin...

baru2 ni pulak tuan rumah sewa yang aku duduk lani datang dan nak duduk balik rumah tu, jadi... satu lagi masalah bagi aku untuk berpindah...

lani aku kena tunggu wan repair pc dia sebelum kami sambung rekoding kami. dan dah sebulan kami tak jamming. tension jugak kalau difikirkan....

Monday, February 9, 2009

rekod lagu bahagian satu

030209
1300hrs

aku pi sungai petani, rumah wan...
dalam plan... nak rekod lagu "try to change me" saja. Gitar aku satu rosak dan satu lagi dipinjam amy. Jadi terpaksa pinjam kat amex, sampai sp terus pi rumah amex ambik gitar dulu pastu terus pi rumah wan.

Sampai ja rumah wan kami sembang2... bukak youtube, bapak aku gitau yang ada sorang brader ni berminat nak main gitar dengan vigil, jadi dia ada bagi add untuk tengok dia punya klip video dia main gitar. Aku ngan wan pun tengok la, ok laa dia main... cuma rasanya arah tujuan muzik dia tak sama dengan vigil. mungkin dia ingat la ni zaman "indie" dok tengah meletup kat malaysia ni, jadi... vigil pun dianggapnya band indie jugak.

Lepas tu aku tak buang banyak masa, aku mula dengan lagu "try to change me". Wan setkan klik dan aku terus mula. lepas verse, chorus, verse... aku buat take ke dua dengan memasukkan part solo. Lepas abih rekod lagu tu (vokal tak masuk lagi, nak buat hari lain), aku tengok banyak masa lagi sebelum aku berangkat balik (aku nak kena ambik bini aku balik keja jam 5 ptg). Aku sambung dengan rekod lagu "forgive me" pulak. Forgive me ni lagu yang agak baru sebab baru 2-3 kali main kat gigs dan belum direkodkan, kira lagu terakhir shahril main dengan vigil la.

Banyak plan untuk lagu forgive me ni, aku ada nak ajak kawan2 dari sungai petani buat choir untuk penguhujung lagu ni... ada laa... tak reti nak bagitau mcamana. Bila dah siap nanti mesti bestlahh... bukan lagu ni yang best, tapi best bila ajak kawan ramai2 menyanyi.

Sedar tak sedar, aku dah terlewat untuk ambik bini aku, dah dekat 430 ptg dah aku masih ada kat rumah wan, jadi aku tepon mak aku mintak tolong ambik bini aku. Habis rekod untuk hari tu, aku dan wan pi makan cendol yang paling sedap kat sungai petani. memang sedap. kat sana ada amex dan kawan2 yang lain. Sembang ngan amex, dia kena tambah lagi part2 gitar yang masih kosong...

Jam 530 aku balik seberang jaya. sampai rumah letih gila... taktau sebab apa. Kalau tak aku nak ajak amy ikut aku pi sungai petani, tapi dia ada kat KL plak. jadi.... belum berkesempatan nak jamming dengan dia. mungkin nanti.... takpa yang penting kami dah mula rekod lagu... harap2 kami dapat keluarkan EP dalam tahun ni dan kembalikan era muzik grunge yang semakin lari dari landasannya.

mohd shafarizam

Tuesday, January 27, 2009

dum dum tak kpish...

280109 1559hrs

Nak jadi cerita, dalam awal bulan aritu amy "drummer moscow surgery", kira rakan pemuzik underground penang di era 1999-2001, balik dari perantauan iaitu Kuala lumpur. lani dia menetap dan bekerja di penang sampai tua la kot... hehe. Bila dia sampai ja kat penang dia terus cari nombor telefon aku kat sam "leather charms". Esok tu aku jumpak dia kat sungai pinang dan terus sembang2.


Dia nak join vigil sebagai drummer, (sebenaqnya dulu pun dia ada ajak buat band tapi secara "jarak jauh"... dia kat KL, aku kat Penang.) Aku terpaksa tolak sebab benda ni tak mungkin menjadi sebab nak jamm pun susah. Moscow surgery nak buat reunion balik 30hb ni, dan dia mungkin nak buat gig bulan 3 nanti dan vigil akan perform dengan amy di posisi dram. Setakat lani, kami belum jamm... aku ada pi rumah dia tunjuk kat dia lagu2 vigil versi gitar kapok. Dia memang sangat2 berminat nak join vigil. Sebenarnya aku pun agak teruja bila dia dah balik penang dan berminat nak main dengan vigil. Harap-harap amy betul2 serius dengan vigil.

Aku belum berpeluang nak jumpak wan dan amex, rindu nak lepak dan jamm dengan depa, depa pun sibuk dengan function... mungkin dalam minggu ni atau minggu depan aku pi kat depa.

Kalau amy dah masuk vigil, vigil kini....

Zam-Vokal/Gitar
Wan-Bass/Vokal
Amex-Gitar/Vokal
Amy-Dram/Vokal

hmmmmm.................aku tak dapat bayangkan macamana persembahan vigil bila kembali onstage dengan jiwa yang memberontak.

Sunday, January 11, 2009

hmm... rekod lagu....

120109 1050hrs

Semestinya kena ada lagu untuk diperdengarkan...


Ada 4 pilihan lagu yang akan direkodkan....

1- Try to change me
2- Forgive me
3- Rain
4- Love Song

aku rasa kami akan rekod "Try to change me" dulu...

Tuesday, January 6, 2009

that first night

060109 - 1800.2400hrs

kami jamming buat pertama kali kat lang studio di sungai petani (sejam rm30...mahalnya..)

aku jumpak satu iklan yang tertulis "promisi"... maksud yang sebenarnya, promosi... gelak sakan.

merepek pasal radix...

untuk pertama kali kami jamming lagu:

1- try to change me
2- naive
3- rain
4- forgive me
5- fire water burn
6- down
7 - love song
8- smells like teen spirit.

Jamming session pertama kali yang terbaik dalam sejarah vigil. wan dan amex adalah org yang dicari selama ini.

abis jamming tokei studio mintak nama band, kami letak "jamband" atau "jamban"....
aku lupa nak bagitau "radixband".... dan last aku bagitau kat dia... "VIGIL"....

Vigil secara sahnya adalah

Zam- Vokal/Gitar.
Wan- Bass/Vokal.
Amex-Dram.

JANUARY 2009