Tuesday, January 27, 2009

dum dum tak kpish...

280109 1559hrs

Nak jadi cerita, dalam awal bulan aritu amy "drummer moscow surgery", kira rakan pemuzik underground penang di era 1999-2001, balik dari perantauan iaitu Kuala lumpur. lani dia menetap dan bekerja di penang sampai tua la kot... hehe. Bila dia sampai ja kat penang dia terus cari nombor telefon aku kat sam "leather charms". Esok tu aku jumpak dia kat sungai pinang dan terus sembang2.


Dia nak join vigil sebagai drummer, (sebenaqnya dulu pun dia ada ajak buat band tapi secara "jarak jauh"... dia kat KL, aku kat Penang.) Aku terpaksa tolak sebab benda ni tak mungkin menjadi sebab nak jamm pun susah. Moscow surgery nak buat reunion balik 30hb ni, dan dia mungkin nak buat gig bulan 3 nanti dan vigil akan perform dengan amy di posisi dram. Setakat lani, kami belum jamm... aku ada pi rumah dia tunjuk kat dia lagu2 vigil versi gitar kapok. Dia memang sangat2 berminat nak join vigil. Sebenarnya aku pun agak teruja bila dia dah balik penang dan berminat nak main dengan vigil. Harap-harap amy betul2 serius dengan vigil.

Aku belum berpeluang nak jumpak wan dan amex, rindu nak lepak dan jamm dengan depa, depa pun sibuk dengan function... mungkin dalam minggu ni atau minggu depan aku pi kat depa.

Kalau amy dah masuk vigil, vigil kini....

Zam-Vokal/Gitar
Wan-Bass/Vokal
Amex-Gitar/Vokal
Amy-Dram/Vokal

hmmmmm.................aku tak dapat bayangkan macamana persembahan vigil bila kembali onstage dengan jiwa yang memberontak.

1 comment:

  1. yeah 1st time la aku tgk vigil 4 piece.huhu..dah agak lame aku x dapat berite dari vigil ni..(bagus jugak kau buat blog ni)

    ReplyDelete