Friday, March 12, 2010

halfway after zero, going for 0.5 now...

Salam Sejahtera,

Dah lama tak update, banyak benda yang remeh dan membosankan terjadi dalam perjalanan vigil sejak kebelakangan ni. aku pun sibuk dengan hal rumahtangga, vigil dok sengap tang tu.

OK. amir dah dilucutkan jawatan dia, aku rasa bukan dilucutkan jawatan dia, dah dirancang benda ni, amir hanya pengganti amex semasa amex berada di mekah untuk mengerjakan haji.Lagipun amir tak ada basic dalam drumming, agak susah untuk dia come up dalam masa yang agak genting ni. Bayangkan vigil dah 10 tahun tapi masih belum ada apa2 perubahan yang menarik berlaku.

Alhamdulillah amex dah selamat pulang dari mekah. Secara tak sengaja aku sembang ngan pali, sorang kawan dari sembilang seberang jaya, berdekatan dengan tempat tinggal aku. Dia memang seorang drummer dan tak ada aktiviti bersama band sebab band asal dia OLD dah disband.

Aku dengan tak malunya dan sangat desperate terus ajak dia join vigil. Lepas tu, kami ada jamming 2-3 kali kat seberang jaya. Pali setuju untuk join vigil di posisi dram.

Bulan lepas aku ada terima call dari "dream music". Kami dapat offer untuk sign contract "caller me tones" dengan depa. Sepatutnya 21hb mac 2010 (aku yang plan ngan kadak sebab 20 kami ada gigs di ipoh) ni kami kena pi kl jumpak dengan kadak butterfingers (kadak kerja ngan dream music). Tapi gigs kat ipoh cancel, aku terpaksa ubah date dengan dengan kadak kot2 ble ubah pi hujung bulan 3 ni, harap2 boleh la.

Kami ada satu lagi gigs kat Penang 1 hb May ni kat Penang (tribute to jim morrison). Yang tu confirm, Yang kat ipoh ni aku agak kecewa sikit sebab aku janji ngan ramai kawan2 yang aku bleh lepak2 ngan depa kat sana, happy ble jumpa geng2 kat ipoh, tapi malangnya gigs tu cancel.

Bila jadi mcmni Aku terasa dimana letaknya vigil dalam scene di malaysia ni, aku masih rasa yang vigil ni sekadar pembalut tin yang dalam tu ada makanan yang sedap2 ja, lepas makan yang sedap2 tu, tin dan pembalut tin tu org buang ja.

Ok yang ni aku rasa happy nak cerita....
kami dah mula rekod 2 lagu, "The Leaving" dan "Rain"... cuma belum masukkan vocal. Kami kena siapkan dalam 5 lagu sebelum kami pi jumpak kadak kat KL. Lagu2 yang direkodkan kami akan bagi kat kadak untuk contract caller me tones dan kemunculan semula Vigil dengan EP sulung kami. Dalam perancangan tu, Dalam ep kami tu nanti, ni tracklist dia.

1) 17
2) The Leaving
3) Rain
4) Try to change me
5) Junkie
6) Forgive Me

InsyaALLAH kalau takdak masalah apa2 kami sempat siapkan sebelum hujung bulan ni.
InsyaALLAH jugak kami akan lebih produktif lepas kami release EP ni. Banyak lagi lagu vigil dalam simpanan dan belum di releasekan. Harap Tahun ni peluang vigil lebih cerah. Aku taktau nak crita apa lagi, malas nak menaip ni sebenaqnya... tapi untuk hangpa yang nak tau pasal perkembangan vigil khasnya.

JUMPA nanti DI PENANG 1 MAY 2010... MUNGKIN HANGPA AKAN DAPAT Free copy PRE RELEASE UNTUK EP KAMI DI SANA. GRUNGE SAMPAI BILA BILA!!!

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

1 comment:

  1. haa nanti bleh la pass kan split vigil ngan soma bg kadak dgr dan komen.hehe..wah x sabar aku nak ada ep vigil..ye la asyik demo je hehehe..go vigil go

    ReplyDelete